Memang sukar untuk memikirkan akan minuman yang amat
berkhasiat seperti segelas susu Dutch Lady. Bagaimanapun, kita sering lupa
betapa pentingnya sumber-sumber vitamin dan mineral yang ada di dalamnya.
Jadi, teruskan membaca untuk memahami dengan lebih lanjut
lagi akan 10 kebaikan kenapa susu Dutch Lady penting untuk anda setiap hari.
Pasti tip-tip ini akan membuatkan anda teringin untuk dapatkan satu pek susu
Dutch Lady kegemaran anda hari ini
10 kebaikan susu Dutch Lady ialah…
1. Kalsium
Kalsium membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta
pembentukan gigi yang sihat. Pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur
kita mencapai 35 tahun. Jadi adik mesti minum susu Dutch Lady selalu untuk
membesar dengan sepenuhnya.
2. Protein
Susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang.
Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan
fungsi-fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan
memperbaiki tisu-tisu otot.
3. Vitamin A
Vitamin A amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang
baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan
fungsi imun yang baik.
4. Vitamin B12
Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel
darah merah. Sel-sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa
bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.
5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin merupakan salah satu daripada lapan vitamin B yang
boleh larut dalam air. Vitamin ini membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada
glukosa (gula) yang akhirnya akan diproseskan untuk menghasilkan tenaga.
6. Vitamin D
Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu
menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin
D yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan
mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang.
7. Zat Besi
Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein
di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh bahagian
badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam tindakbalas metabolik serta
mengawal pertumbuhan.
8. Zink
Zink diperlukan untuk aktiviti-aktiviti enzim bagi
pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua
sel, juga menyokong kesihatan system imun kita.
9. Riboflavin (Vitamin B2)
Riboflavin merupakan satu vitamin yang boleh larut di dalam
air. Ia membantu tubuh badan memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan
karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku.
10. Kerana ibu paling mengetahui
Ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk si manjanya. Sebab
itu, ibu pasti akan membekalkan adik 3 gelas susu Dutch Lady setiap hari agar
mendapat segala khasiat susu
Susu ape yang bagus untuk tinggi
ReplyDeleteSusu apa sesuai untuk bayi 2 thun
ReplyDelete