Sunday 20 January 2013


ASAS PERMAINAN BOLA BALING



Sungguhpun permainan bola baling popular di seluruh dunia, permainan ini telah menghadapi pelbagai “krisis identiti” di negara kita. Masih ramai orang tidak mengetahui permainan ini secara terperinci termasuk jurulatih dan pengadil.

            Sukan bola baling ini adalah sesuatu sukan yang dinamik yang mempunyai keseronokan dan mencabar. Sukan ini menggunakan kemahiran-kemahiran semulajadi seperti berlari, melompat, membaling dan menangkap semasa bermain.
          
Pemain-pemain  dan penonton amat tertarik dengan sifat permainan yang pantas dengan aksi-aksi penjaga gol dan pemain gelanggang.

Pada pemahaman penonton, sukan bola baling itu adalah seperti bermain bola sepak dengan tangan, tetapi ianya mengandungi elemen-elemen berasaskan permainan bola keranjang, polo air, bola jaring dan hoki ais.

No comments:

Post a Comment