CARA BERMAIN
Pasukan bola baling dimainkan antara dua pasukan. Setiap
pasukan mengandungi 6 pemain gelanggang dan seorang penjaga gol serta 5 orang
pemain ganti. Objektif permainan ini ialah menjaring seberapa banyak gol ke
dalam gol lawan dalam masa yang ditetapkan dalam pertandingan itu.
Tiang gol permainan bola baling berukuran 2 meter tinggi dan
3 meter lebar. Masa permainan untuk kumpulan umur 16 tahun ke atas ialah 30
minit untuk setiap separuh masa dengan masa rehat sebanyak 10 minit. Untuk
kumpulan 12 hingga 16 tahun, masa permainan adalah 25 minit untuk setiap
separuh masa dan 10 minit rehat. Untuk kumpulan umur 8 hingga 12 tahun, masa
permainan adalah 20 minit untuk setiap separuh masa dan 10 minit rehat.
Bola Baling Mini diperkenalkan kepada budak-budak bawah 8
tahun. Masa permainan ialah 10 atau 15 minit setiap separuh masa dengan masa
rehat 10 minit.
Permainan ini akan dimula dengan mementing duit syiling
untuk menentukan pasukan memulakan permainan. Masa permainan ini bermula denga
tiupan wisel pengadil dan berterusan sehingga atas budi bicara pengadil bagi
insiden-insiden seperti kecederaan dan “team time out”.
Pasukan yang menjaring gol yang paling banyak akan dikira
pemenang. Pasukan pertahanan akan membuat satu benteng untuk menghadang segala
percubaan gol di luar garisan 6 meter.
Hanya penjaga gol dibenar berada di dalam kawasan gol
manakala semua pemain gelanggang berada di luar garisan 6 meter .
Pemain dibenarkan menghadang tanpa merokok, memegang atau
membahayakan pihak lawan dengan apa jua cara pun.
Kekasaran pemain akan diberi amaran atau 2 minit
penggantungan atau dibatalkan penyertaan seterusnya. Satu pasukan penyerang
mengandungi 3 pemain belakang, 2 pemain sayap dan seorang “pivot”.
Pemain dibenarkan bergerak 3 langkah dengan bola sebelum
atau selepas melantunkan bola. Apabila pemain tidak bergerak, ia dibenarkan
memegang bola dalam masa 3 saat sahaja..
No comments:
Post a Comment